Monday 7 December 2015

Filled Under:

SAYUNYA!! Limpah RINDU SULTAN JOHOR Saat MENZIARAHI MAKAM ANAKANDA TUNKU JALIL..



>> JOHOR BAHRU: Limpahan kasih sayang dan kerinduan daripada seorang ayahanda tidak akan berakhir.....

>> Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menziarahi makam anakandanya, Almarhum Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Makam Diraja Mahmoodiah....

>> Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin memimpin tahlil dalam majlis ringkas yang berlangsung selama 30 minit itu.....

>> Turut kelihatan pada majlis yang bermula pukul 9 pagi itu adalah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad....

>> Pada majlis itu, baginda turut menyiramkan air mawar di atas pusara Tunku Abdul Jalil sebelum meninggalkan makam itu pada 9.30 pagi....

>> Semalam, berlangsungnya Istiadat Pemakaman Separa DiRaja Kerajaan Johor setelah kemangkatan Tunku Abdul Jalil pada lewat petang Jumaat.....

>> Anakanda keempat Sultan Johor itu mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru....

>> Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun selepas menderita akibat kanser hati selama beberapa tahun....

>> Sementara itu, di media sosial, orang ramai terus mengingati almarhum dengan tidak putus-putus menyebut tentang kebaikannya yang selama ini menyentuh hati segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia, darjat dan latar kaum.....




Sumber >> http://www.astroawani.com/




0 comments:

Post a Comment